...

Sayang Kamo Semua!!!

Tuesday, May 17, 2011

Patung ku Berkata-kata

Salam all reader dan selamat malam...
aku dah lama tak jenguk blog kesayangan aku ni..dah naik bersawang dan penuh spider2,,,hahahah,,(nampak bebeno menipunye)

muke awek budjet cun ni menyemak jer..huhu

actually..hari ni second week aku posting (praktikal) kt kolej...last week memang aku bosan giler mase posting tahap dewa la (ade ke bosan tahap dewa??) hahaha...yela asyik buat procedure yang sama jer hari-hari dekat patung dalam simulated ward kt kolej 2 mesti la bosan..kalau korang hadap benda yang sama mesti bosan..betul tak??kang aku cakap procedure yang aku buat korang tak paham pulak except reader yang bergelar nursing la..budjet ramai baca entry aku,,huhuhu.. hari2 mata aku ni mesti tengok jam jer,,tahu lah kenapa..sebenarnya tak sabar nak balik bila dalam simulated ward 2..hahaha..tapi kalau fikir positifnya buat apa la nak balik cepat2..kan bagus kalau buat procedure 2 banyak kali..1000++ kali lagi bertambah bagus sebab boleh menambahkan ingatan aku yang tinggal 1kb ni..hehehe..ala nak cari ilmu kene la bersungguh2 dan bersabar sikit..semua benda kene susah dulu baru dapat senang,,yer tak?? takkan nak cincai2 jer...nanti kang ilmu 2 tak berkat pulak..wahh! dah macam pakar motivasi lak,,hahaha..


Untung jugak group aku last week dapat CI (clinical instructor) yang handle group aku ni sporting and hapening..tak ada la garang sanagt ke ape,,al maklum la kitaorng ni bila dah bosan kadang-kadang nakal sikit..hahah...tapi dia memang sporting la..malas aku nak mention name dia..korang bukan kenal pun..huh!..walaupun dia pure import dari india tapi boleh paham bahasa kita..pelik kn?? kita nak paham bahasa dia pun dalam mimpi pun belum tentu..hahahah!!..so susah la aku nak mengumpat kalau dia paham bahasa aku..ish2, jahat nya aku ni nak mengumapt orang yang bagi ilmu kt aku..tak patut..tak patut..hahaha..Tapi aku dengan dia last week jer..minggu ni aku dengan CI lain...waaaa!!sedihnye..isk3.


Hari ni first day untuk minggu kedua aku posting..aku ngn kawan2 aku ditempatkan kat ward lain.. tak sama tempat macam last week..lain tempat so lain CI laa..nama ward 2 HPS (Human Patient Simulated)..ada beberapa orang jer dapat buat procedure kat ward ni..antara nye aku la..heheh..kitaorang dibahagikan dengan beberapa group..hmm..ni macam real situation la.. sebelum ni aku buat procedure guna patung yang tak ada respon...kaku semacam jer macam kayu balak kt hutan simpan 2..hari ni aku gune patung yang ade respon dan boleh bercakap...percaya tak??? mesti korang tak percaya..
cer citer..ce citer...


Patung 2 memang boleh bagi respon kalau kita buat procedure salah..macam real human..dia akan kata macam2 la..pain, no, yes, i will die.td masa aku tengah buat procedure 2 patung tu boleh pulak menangis..nasib baik tak ada air mata..hahah..ala patung 2 macam manusia jugak,,cuma tak ada feeling kt manusia jer..kalau ada habis la jatuh cinta kat nurses yang ade...hahahah...dalam badan dia penuh dengan wayar segala bagai..tapi semua patung boleh cakap dalam bahasa inggeris jer la..al maklum la patung mat saleh so tak boleh cakap bahasa melayu..hahaha..memang best laa.. 


macam ni la rupa patient 2...



hari ni first day and first time aku buat procedure kat ward tu..selalu dengar cakap dari orang lain,,hari ni baru berpeluang masuk ward 2..memang betul-betul pengalaman yang menarik la..masa mula-mula masuk tu memang excited sangat2 laa..tapi aku kat ward 2 cuma untuk minggu ni jer,,rasa rugi sangat sebab sekejap sangat..lepas ni tak dapat jumpa patung tu lagi..kene tunggu nest posting baru dapat masuk ward 2 lagi..
sebab next week aku akan dihantar posting kat HOSPITAL TANJUNG KARANG...aku kat sana 2minggu..


smile!!!!

hari-hari kene senyum bila berhadapan dengan patient,,baru dikatakan mesra alam...betul ker?? hihihihih


ni jer la entry aku untuk kali ni..next time aku update lagi k...tunggu entry pengalaman aku masa praktikal di HOSPITAL TANJUNG KARANG ok...

daaaaaaaaaaa............

p/s: esok nak shopping apa erk nak bawa g posting kat hospital?? 

Sunday, May 08, 2011

hafizzainal's contest-Senyuman Mahal


buat satu entry yang bertajuk ~ 
"hafizzainal's contest - senyuman mahal " DONE!

 Letak banner contest ni dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.
kalau nak letak kat side bar korang pun, sangat di alu2 kan..DONE!

plg penting, letakkan la pic anda senyum. x kesah laa pic sorang2 ke pic ngan membe ke. cuma, kalau pic ngan membe tu, bgtaw laa yang mne satu anda ..  kriteria yang di cari bukan lah rupa yang cantik or yg hensem semata.. tpy dinilai dari sume sudut ...
tips : just bgy gambar yang mempunyai senyuman yang x ternilai, cheewaahh. haha..
DONE!

pastu cite sket ttg pic tu. simple2 je. contohnye nape senyum mse tu, or bgtaw knape senyuman anda unik dan mahal or ape2 laa ye.
bebas je :) 
or, korang just tulis caption je kat bwh pic tu pun boleh. x payah panjang2 sangat pun xpe ...DONE!

then, kene la follow my blog sini sbagai yuran contest. haha.. xde laaa, follow untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini laa.DONE!

Jangan lupa letakkan link entry anda di ruangan comment :) so, senang la sy nak menilai blogger2 yang join ..DONE!

Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yer. bru la meriah ... :) DONE!

Expired date : 31 / 5 / 2011  sbelom pkol 12 malam





hahahaha,,bila tengok senyuman ni buat aku tergelak,,teringat masa aku tunggu ayah aku nak hantar balik lepas abis cuti semester...tengah syok snap pic tiba2 nenek  aku keluar dari dalam rumah dengan mak aku cakap "hah! senyum kambing la 2" hahaha,,2 yang tahan gelak sampai senyuman ku jadi macam ni,,kira spontan laa,,,nampak tak macam senyuman ni natural???hahahah.. 
senyuman ni mahal bila kita mudah memberi senyum bila berhadapan dengan orang yang senyum kepada kita,,senyuman ni umpama sedekah..seseorang akan nampak manis bila tersenyum...cewahhh!!! hehehe


aku ajak 3orng kawan kesyangan aku





Ajaibnya Tangan Ibu...

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...




P/S: rindunya dekat mak, rasa macam nak balik sekarang jer g jumpa mak,,!!!

Renungkanlah....Kerak Nasi Untuk Ibu....



Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

p/s: sayangi dan hargai la ibu..minta ampun jika kita ada melakukan kesalahan terhadap ibu kita sebelum terlambat...

Friday, May 06, 2011

CONTEST SAYA SUKA ICE-CREAM



salam,,,nak join,,nak join,,tadi aku blogwalking,,aleh2 terjumpa contest ni,,nak join laa,,,aku memg suka makan aiskrim..terutamanya aiskrim VANILA..hehehehe...hmm,,bagus makan aiskrim ni,boleh hilangkn tension,,kalau tak percaya cuba laa,,,( eh mcm nk promote ais krim lak..hehe )

 semua syarat2 penyertaan dah aku penuhi,,,

kalau ada siapa2 nak join klik SINI


aku tag kawan2 aku...

Wednesday, May 04, 2011

CONTEST : 'inner itu saya punya'



klik sini untuk join contest ni..


SYARAT PENYERTAAN.

1: suka, benci atau menyampah anda perlu follow belog ni sbb kalau nak cari korang punya payah!...DONE

2. buat satu entri kenapa saya patut bagi anda menang dengan tajuk ' inner itu saya punya '                           (xboleh blah tajuk ^^) DONE!

3: anda wajib mengetag sekurang-kurangnya 2 orang kawan, lagi meriah lagi best kan?? pastu inform orang yg kamu tag tu...kang ternganga je..xtau. haip! DONE!

4:  xperlu letakkan sticky entri, atau apa2 pada side bar, ikut suka ok.asal bahagia DONE!

5:letakkan sekeping gambar anda 'bertudung' yang paling ayu bagi korang. xkisahlah gambar sorang ke banyak ke.. tapi tunjuk pada penganjur, mana satu muka korang. okey. DONE!

6:tarikh tutup : 07/5/2011  dan hadiah akan dipos sebelum 11/5/2011
  

7:pada yang xbertudung pun boleh join cuma letakkan pic bertudung ya darl.

dah siap? tinggal link anda diruangan komen ^^, gud luck . 



tengok tajuk 'inner itu saya punya' so aku punya k,,orang lain tak boleh,,,hahahahha.... 
untuk join contest ni tuan rumah suruh cerita cikit kenapa inner itu perlu dibagi kepada aku...


"saya ni memang suka sangat pakai inner, terutamanya inner cotton sebab boleh dibentuk..saya pantang nampak inner mesti beli,.saya pun memiliki shawl yang pelbagai warna dan jenis so inner pun kene la pelbagai baru sesuai dan confident bila berhadapan dengan orang lain..selain itu inner bukan jer sesuai digunakan dengan shawl jer tapi dengan selendang pun boleh.."





saya ajak kawan kesayangan saya join



Usia Blog Vanila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sayang Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

background

hello kitty

Cute Hello Kitty 9

Berat bahu memikul, berat lagi blog aku ni